Sabtu, 21 Disember 2024 |

bksa Bahagian / unit : Badan Kawal Selia Air (BKSA)
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 5, Blok Bentara,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Nama : Encik Azizul Adzran bin Mahmor
Jawatan : Pengarah
Tel : +606-333 3333 samb. 7674/7686
Faks : +606-232 1779
E-mel : adzran[at]melaka[dot]gov[dot]my  
Media Sosial : ikon warna fb Badan Kawal Selia Air Melaka



Visi

Menjadi sebuah badan yang terulung dalam menyelaras dan memantau aktiviti air mentah Negeri Melaka demi untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Melaka

 

Misi

Memastikan sumber air mentah dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju

 

Objektif
  • Menyediakan bekalan air mentah yang mencukupi dan berkualiti baik bagi memenuhi keperluan sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan sosioekonomi negeri;

  • Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguat kuasa secara efektif, sistematik dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air mentah.

 

Fungsi Utama
  1. Menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air mentah termasuk menentukan standard kualiti air mentah dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.

  2. Memastikan pembekalan air mentah yang optimum dengan caj yang munasabah dan memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah selamat.

  3. Berfungsi sebagai badan penasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan pembekalan air mentah.

  4. Sebagai penggalak dan menggiatkan pembekalan air mentah bagi maksud memajukan pembangunan ekonomi Negeri Melaka.

  5. Memantau pemegang lesen supaya menjalankan kewajipan yang dikenakan kepadanya di bawah Enakmen serta lain-lain peraturan yang dibuat dan juga memastikan pemegang lesen dapat dibiayai perjalanan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh lesennya.

  6. Memastikan pemegang lesen membayar caj abstraksi air mentah mengikut caj yang ditetapkan.

  7. Mengawal selia dan memantau pencemaran ke atas punca air dan air mentah.

 

Piagam Pelanggan
 

(i)

Memastikan laporan data paras empangan dikemas kini setiap hari dalam sistem Data Center.  

(ii)

Memastikan sasaran peningkatan 30 pemegang lesen baharu setiap tahun.

(iii)

Memastikan kelulusan kebenaran bertulis diluluskan dalam tempoh sehari dari tarikh dikemukakan.

(iv)

Memastikan aduan pencemaran sumber air diambil tindakan dalam tempoh 24 jam.

(v) Memastikan lesen dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan bacaan meter.
(vi) Memastikan bil air mentah dikeluarkan kepada pemegang lesen dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan bacaan meter.
(vii) Memastikan ulasan teknikal jabatan dikeluarkan dalam masa empat belas (14) hari waktu bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
img

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 20 December 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik