Ahad, 28 April 2024 |

logo melakapay bsr 

Penjenamaan Semula

  • Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri Melaka yang dikenali sebagai e-Bayar telah dijenamakan semula sebagai MelakaPay yang diputuskan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu ICT Negeri Melaka (JPICT) Bil 1/2020 bertarikh 11 Jun 2022 yang telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka (Pengurusan).

 

Platform untuk capaian MelakaPay

  • Gerbang Pembayaran Bersepadu Kerajaan Negeri Melaka (MelakaPay) terdiri daripada dua (2) platform iaitu portal MelakaPay dan aplikasi mobil MelakaPay. MelakaPay merupakan platform pembayaran secara atas talian yang disediakan bagi memudahkan orang awam membuat pembayaran pelbagai perkhidmatan dari pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri Melaka. Portal MelakaPay ini boleh dilayari melalui laman sesawang (https://melakapay.melaka.gov.my) manakala aplikasi mudah alih MelakaPay boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan App Store.

 

Perkhidmatan dan penglibatan agensi

  • Sebanyak 40 perkhidmatan dan 20 agensi di bawah Kerajaan Negeri Melaka yang telah menyertai MelakaPay. Untuk meningkatkan lagi kemudahan kepada pengguna menggunakan perkhidmatan MelakaPay ini, pembangunan aplikasi mobil MelakaPay sebagai saluran pembayaran alternatif menggunakan telefon pintar telah dibangunkan pada tahun 2021. Fasa pertama pembangunan aplikasi mobil melibatkan 7 jenis perkhidmatan iaitu Cukai Tanah, Cukai Petak, Cukai Taksiran, Kompaun Letak kereta, Caj Warisan, Pinjaman Pendidikan TAPEM serta Zakat Harta dan Fitrah. Kini perkhidmatan di aplikasi mobil Melakapay adalah sama seperti perkhidmatan yang tersedia di Portal MelakaPay.

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 24 April 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik