Ahad, 15 November 2026 |

bkk Bahagian / unit : Bahagian Komunikasi Korporat (BKK)
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 3, Blok Laksamana,
Kompleks Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Nama : Puan Rosmawati binti Yas
Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan
Tel : 06-333 3333 samb. 7398
Faks : 06-232 8449
E-mel : ros.mawati[at]melaka[dot]gov[dot]my
Media Sosial : ikon warna fb Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Ketua Menteri Melaka

VISI

Menjadi peneraju pengurusan komunikasi dan perhubungan awam strategik, profesional dan efisyen
 

 

MISI
Memperkukuhkan reputasi dan imej Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan strategi komunikasi korporat yang efektif, penyebaran maklumat yang pantas dan penyelarasan aduan yang komprehensif
 

 

OBJEKTIF
  1. Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung hebahan, publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, perkhidmatan, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Kerajaan Negeri melalui bahan promosi, media sosial, media elektronik dan media cetak.
  2. Memastikan aduan, komen dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan diselaras dengan sistematik dan diselesaikan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  3. Mewujudkan perhubungan positif antara Kerajaan Negeri dan pihak awam serta media.
  4. Memastikan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Ketua Menteri Melaka dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat pensijilan.

 

FUNGSI
  1. Mengurus dan menyelaras pelan dan program komunikasi korporat, pengurusan media dan publisiti serta perhubungan awam.
  2. Menyelaras pengurusan aduan awam Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Melaka.
  3. Menyelaras Pusat Panggilan Setempat (ONCC), Portal rasmi dan platform media sosial Kerajaan Negeri.
  4. Menyelaras pelan media berhubung hebahan, publisiti dan promosi bagi dasar dan aktiviti Kerajaan Negeri.
  5. Menyelaras program peningkatan dan pengukuhan reputasi dan imej korporat Jabatan.
  6. Menyelaras Pengurusan Sistem Kualiti Jabatan Ketua Menteri Melaka.

 

PIAGAM PELANGGAN
 
1. Mengurus dan mengendalikan aduan awam terhadap jabatan/ agensi kerajaan seperti berikut:
a) Mencapai 90% tahap penyelesaian aduan mudah/ sederhana awam Negeri Melaka dalam sebulan.
b) Mencapai 90% tahap penyelesaian aduan mudah/ sederhana JKMM dalam sebulan.
c) Mencapai 90% tahap penyelesaian aduan mudah/ sederhana awam Negeri Melaka dalam setahun.
d) Mencapai 90% tahap penyelesaian aduan mudah/ sederhana JKMM dalam setahun
2. Mengadakan Hari Bersama Pelanggan 4 kali setahun.
3. Melaksanakan Sistem Pengauditan Bersepadu MS ISO 9001:2015, MS ISO 37001:2025 dan ISO/IEC 27001:2022, Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) satu (1) kali setahun.
4. Mencapai 90% tahap perkhidmatan (service level) panggilan ONCC setiap bulan.
img
img

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 11 November 2026 
Pelawat: 0009551788 | Statistik
W3C
Kebolehcapaian
✕
Kebolehcapaian
Arkib {"_token":"25140fcde9df9610d5265609b3995747cbeaa26deea6ee7bd2e7368633bcc6d9"}