Bahagian / unit | : | Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) | |
Alamat | : | No. 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. |
|
Nama | : | Encik Abdul Aziz bin Baba | |
Jawatan | : | Pengurus Besar | |
Tel | : | +606-333 3333 samb. 3200 | |
Faks | : | +606-233 1450 | |
E-mel | : | - | |
Media Sosial | : | Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka - TAPEM |
- “Melahirkan Anak Melaka yang berpendidikan, berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu melalui pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan pendidikan.”
- Menjadikan TAPEM sebagai agensi pemangkin utama dalam menggalakkan dan memperkasa semangat daya juang anak Negeri Melaka ke arah pencapaian dan penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi supaya menjadi penyumbang pembangunan dan kemajuan kepada Negeri Melaka khasnya dan Negara Malaysia amnya.
Tujuan penubuhan TAPEM adalah:
- Membantu meringankan masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar anak Melaka yang menuntut di sekolah/institusi pengajian tinggi samada Sekolah Menengah atau yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
- Memaju dan meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan anak-anak Melaka dan warganegara Malaysia yang lazimnya bermastautin di Melaka.
- Menawar dan menguruskan pemberian:
- Pinjaman Wang Pengajian Tinggi kepada anak-anak Melaka yang mendapat tawaran di IPTA/IPTS yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri
- Pemberian Biasiswa Kecil dan Biasiswa Insentif kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di dalam negeri Melaka dan Sekolah Menengah Agama di dalam dan luar Melaka
- Pemberian sumbangan Bantuan Persekolahan Rendah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
- Mengadakan Program Anugerah Pelajar Cemerlang bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, PMR dan UPSR
- Mengadakan program-program pendidikan yang diputuskan oleh Lembaga TAPEM dan Kerajaan Negeri
- Menguruskan Pemberian Pinjaman Wang Pengajian Tinggi Kepada Anak Negeri Melaka yang Melanjutkan Pengajian ke IPTA dan Beberapa IPTS yang tersenarai dibawah tajaan TAPEM
- Menguruskan Pemberian Bantuan Sumbangan Kewangan kepada Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
- Menguruskan Pemberian Biasiswa (Biasa/Asnaf) kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Dalam Negeri Melaka.
- Menguruskan Pemberian Bantuan Persekolahan Kepada Murid-Murid Sekolah Rendah
(i) |
Memproses dan membuat pembayaran Pinjaman Wang Pengajian Tinggi dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja setelah dokumen perjanjian dan keputusan peperiksaan yang lengkap diterima |
(ii) |
Membuat bayaran Biasiswa Melaka empat belas (14) hari selepas mendapat kelulusan Mesyuarat Lembaga Pengarah. |
(iii) |
Memproses dan membuat pembayaran Care IPT dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja setelah dokumen lengkap diterima. |
(iv) |
Memproses dan membuat bayaran Dermasiswa Pengajian Islam dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja setelah dokumen perjanjian dan keputusan peperiksaan yang lengkap diterima. |
(v) |
Memproses dan Membuat Bayaran Sijil Tinggi Agama Malaysia dalam tempoh tiga puluh (30) hari waktu bekerja setelah dokumen lengkap diterima. |