Sabtu, 27 April 2024 |

seri negeri 

Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka


Pada tahun 1983, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) bersetuju menukar nama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Melaka kepada Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM). Merujuk kepada rekod, pusat pentadbiran SUK selepas kemerdekaan tahun 1957 dikatakan berpusat di Wisma Negeri Jalan Hang Tuah di bawah pentadbiran Ketua Menteri Melaka yang Pertama iaitu Allahyarham Datuk Kurnia Jasa Othman Bin Talib.

JKMM merupakan jabatan terpenting di bawah kuasa Eksekutif Kerajaan Negeri yang berkuasa penuh terhadap semua dasar dan perintah-perintah kerajaaan. JKMM juga adalah penyelaras dan sebagai sumber rujukan bagi semua Jabatan Kerajaan Negeri, Persekutuan, Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan, serta Pihak Berkuasa Tempatan. Jabatan Ketua Menteri Melaka yang kini berpusat di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh telah memulakan operasinya bermula 4 Mei 1999 bersamaan 29 Muharram 1421h. Kini, JKMM diterajui oleh 20 bahagian dan unit dibawah 2 sayap utama iaitu Sektor Pengurusan dan Sektor Pembangunan. Fungsi penubuhan JKMM adalah untuk merancang, merangka, menggubal dan melaksanakan Dasar Kerajaan Negeri, Dasar Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran negeri mengikut Jadual Ke Sembilan, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan dan juga peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Negeri.

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 24 April 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik