Rabu, 03 Julai 2024 |

dewan Bahagian / unit : Unit Dewan dan MMKN
Alamat : Aras 2, Blok Laksamana, Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Nama : Datuk Haelmy bin Mohd Hanifah
Jawatan : Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan
Tel : +606-333 3333 samb. 7452
Faks : +606-231 1304
E-mel : haelmy[at]melaka[dot]gov[dot]my



 Visi
  • Memberi Perkhidmatan Urusetia MMKN Dan Persidangan Dewan Undangan Negeri Yang Cekap, Jitu Dan Berkesan Ke Arah Menjadikan Jabatan Ketua Menteri Sebagai Organisasi Contoh
 
Misi
  • Memastikan Kerahsiaan Maklumat Sentiasa Dipelihara Dan Segala Perkhidmatan Urusetia Disempurnakan Sebaik Mungkin Mengikut Sasaran Masa Yang Telah Ditetapkan
 
Objektif
  • Memastikan perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berjalan dengan lancar dan sempurna.
  • Menjadi Urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Dewan Undangan Negeri dengan cekap dan berkesan.
  • Memastikan hal-hal berkaitan Hak-hak Keistimewaan Ahli-ahli Pentadbiran/ Ahli Dewan Undangan Negeri/ Pesara-pesara ahli Dewan Undangan Negeri diuruskan dengan cekap dan berkesan.
 
Fungsi
  • Urusetia Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka.
  • Urusetia Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.
  • Urusetia kepada Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Dewan Undangan Negeri Melaka.
  • Urusetia Jemaah Pengampunan Negeri Melaka.
  • Urusan Hak-hak keistimewaan ahli Pentadbiran Kerajaan / Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Pesara-pesara Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.
  • Urusan Pentadbiran dan Kewangan T02/ B02 / T04 - Dewan Undangan Negeri Melaka.
 
Piagam Pelanggan
 

(i)

Memastikan kertas risalat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (MMKN) yang telah lengkap dan teratur diangkat ke MMKN selewat-lewatnya lima (5) hari bekerja selepas perakuan YAB Ketua Menteri Melaka/ YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

(ii)

Memastikan keputusan MMKN dihantar ke Jabatan/ Agensi selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja selepas keputusan disahkan.

(iii)

Menguruskan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekurang-kurangnya enam (6) bulan sekali seperti yang telah ditetapkan dalam Buku Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka Perkara 4 (2).

(iv)

Menguruskan pembayaran pencen bagi pesara-pesara DUN dan penerima pencen terbitan iaitu pada atau sebelum 25 hari bulan setiap bulan selaras dengan Enakmen Ahli Pentadbiran Dan Dewan Negeri 1980. (Tertakluk kepada perubahan penerimaan pencen semasa).

 

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 27 June 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik