Rabu, 03 Julai 2024 |

cmi Bahagian / unit : Perbadanan Ketua Menteri
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras Bawah, Menara MITC,
Jalan Konvensyen,
Kompleks MITC,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Nama : Encik Mohd Saleh bin Jusman
Jawatan : Pengurus Besar
Tel : +606-234 6610
Faks : +606-232 4917
E-mel : -
Visi

Untuk menjadi sebuah organisasi korporat yang dinamik, inovatif, cekap dan proaktif dengan tadbir urus korporat dan etika perniagaan yang baik dan telus.

 

Misi
  1. Menguruskan harta – harta Ketua Menteri (Diperbadankan) (CMI) dengan cekap dan efisyen.
  2. Menerapkan sifat ketelusan dan akauntabiliti dalam Pengurusan Anak Syarikat Negeri dan :
  3. Ke arah sebuah organisasi berteraskan Pencapaian dan Prestasi

 

 

Objektif
  1. Mewujudkan ketelusan di dalam menyediakan laporan pengurusan dan kewangan supaya maklumat yang dilaporkan adalah benar ;
  2. Menerapkan akauntabiliti / kebertanggungjawaban pihak pengurusan di dalam mentadbir organisasi supaya objektif penubuhan organisasi tercapai;
  3. Mengurus harta-harta Perbadanan Ketua Menteri Melaka secara efektif supaya pungutan hasil dimaksimumkan ; dan
  4. Melaksanakan projek penswastaan / usahasama yang berpotensi supaya hasil dan ekonomi negeri dapat dipertingkatan .

 

 

Fungsi Utama 
  1. Menguruskan dan mentadbir harta Perbadanan Ketua Menteri;
  2. Menguruskan permohonan tanah Kerajaan untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri ;
  3. Menguruskan penyewaan/penjualan harta Perbadanan Ketua Menteri;
  4. Menguruskan pembelian hartanah untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri ;
  5. Melaksanakan projek dibawah Jawatankuasa Penswastaan negeri;
  6. Melaksanakan urusan permohonan permit pengeluaran bahan batuan di tanah kerajaan;
  7. Menguruskan pengambilan balik tanah untuk pelaksanaan projek;
  8. Mengenalpasti projek pembangunan baru untuk dibangunkan di lokasi-lokasi yang strategic;
  9. Menguruskan penyelenggaraan bangunan baru untuk dibangunan di lokasi-lokasi yang strategik;
  10. Menguruskan penyelenggaraan bangunan hak milik Perbadanan Ketua Menteri;
  11. Memantau prestasi anak-anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri;
  12. Mengurus tadbir Restoran Melayu Melaka ; dan
  13. Mengurus tadbir Panggung Bangsawan Melaka .

 

 

Piagam Pelanggan
 

(i)

Memastikan permohonan penyewaan hartanah diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh kelulusan Mesyuarat Pengurusan Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

(ii)

Memastikan permohonan pembelian/ pajakan hartanah diproses dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja daripada tarikh kelulusan Mesyuarat Lembaga Perbadanan Ketua Menteri (CMI).

(iii)

Memastikan wang deposit sewa hartanah dikembalikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh tuntutan lengkap dikemukakan kepada Unit Kewangan.

(iv)

Memastikan perjanjian 'in-house' disediakan dan disemak dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan arahan berserta dokumen yang lengkap.

(v) Memastikan resit rasmi dikeluarkan pada hari yang sama berdasarkan maklumat lengkap diterima.

 

 

Kewajipan Pelanggan

Untuk membolehkan Bahagian Perbadanan Ketua Menteri Melaka melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan , pelanggan hendaklah :

  1. Menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat semasa berurusan .
  2. Menepati dan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan
  3. Bersikap rasional semasa membuat aduan

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 27 June 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik