Sabtu, 20 April 2024 |

hairul_ictso

Nama

Jawatan

E-mel

:

:

:

Ts. Mohd Hairul Shah bin Ismail

Ketua Penolong Pengarah, Gred F48

hairul[at]melaka[dot]gov[dot]my

 

PERANAN PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)

  1. Memastikan semua infrastruktur keselamatan ICT menepati prinsip-prinsip keselamatan berpandukan Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan, Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan Arahan Keselamatan Kerajaan;
  1. Menyedia dan mengkaji semula dokumen infrastruktur keselamatan ICT bagi tujuan audit keselamatan ICT;
  1. Mengenal pasti bidang-bidang keselamatan ICT yang perlu diberikan perhatian rapi;
  1. Memastikan tahap keselamatan ICT adalah terjamin setiap masa;
  1. Memastikan semua warga memahami keperluan standard, garis panduan dan prosedur keselamatan di bawah Rangka Dasar Keselamatan ICT Kerajaan dan Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA);
  1. Menjalankan penilaian risiko dan program-program keselamatan ICT di JKMM;
  1. Mewujudkan pelan tindakan bagi mengurus risiko akibat dari ketidak patuhan kepada standard, garis panduan dan prosedur keselamatan ICT;
  1. Melaporkan kepada CSIRT Melaka mengenai sebarang insiden keselamatan ICT yang berlaku di Jabatan;
  1. Membantu dalam membangunkan standard, garis panduan dan prosedur untuk aplikasi, sistem dan infrastruktur ICT di JKMM bagi mematuhi keperluan Dasar Keselamatan ICT Kerajaan atau Polisi  Keselamatan Siber Sektor Awam;
  1. Mewujudkan program-program bagi meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan pembudayaan mengenai teknologi dan mekanisme kawalan maklumat dan aset ICT, ancaman-ancaman siber dan peranan dan tanggungjawab pengguna dalam mengendalikan kemudahan ICT di JKMM;
  1. Menyebar dan menyalurkan amaran awal terhadap ancaman-ancaman yang berpotensi
    menyebabkan kerosakan besar kepada aset ICT JKMM; dan
  1. Mengurus keseluruhan program-program keselamatan ICT di JKMM.

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 18 April 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik