Ahad, 28 April 2024 |

logo padu



Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu platform tunggal dikenali sebagai sistem Pangkalan Data Utama atau PADU yang bertujuan menjadi sumber primer kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar. Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu membuat pengemaskinian maklumat isi rumah dan profil individu di sistem PADU.

 

Bagi penduduk di negeri Melaka, anda boleh hadir ke kaunter PADU yang dibuka di 30 (tiga puluh) Pusat Ekonomi Digital (PEDI) berhampiran anda mengikut pecahan daerah seperti 14 (empat belas) di Alor Gajah, 5 (lima) di Melaka Tengah dan 11 (sebelas) di Jasin. Tuan/Puan juga boleh hadir ke kaunter PADU yang berada di Pejabat DOSM Melaka, MITC, Ayer Keroh bermula 2 Januari 2024. Pengemaskinian secara online juga boleh dibuat dilaman web PADU; www.padu.gov.my

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 24 April 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik