Isnin, 04 Mac 2024 |

Pengguna tidak dibenarkan melakukan perkara-perkara dibawah semasa menjawab Soal Kaji Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka yang terdapat dalam Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka :

  1. Memuat naik, emel atau menghantar maklumat yang mengandungi perkara-perkara berikut :-
  • Menyalahi undang-undang, berbahaya, berbaur ancaman, kesat, mengganggu, bersifat mendera, berbaur fitnah, kasar, lucah, melanggar hak peribadi, bersifat perkauman, keagamaan, etnik, atau sebaliknya dalam hal yang tidak menyenangkan, tidak benar, tidak relevan dengan soal selidik atau tinjauan yang disediakan Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka.
  • Mengandungi mana-mana pengiklanan yang tidak diminta atau tidak dibenarkan dan bahan promosi, komersial atau sebaliknya, termasuk pautan kepada laman web/portal yang mengandungi bahan seperti itu.
  • Mengandungi virus-virus perisian atau mana-mana kod komputer lain, fail atau program yang direka untuk merosakkan, memusnahkan atau mengehadkan fungsi-fungsi mana-mana perisian komputer, perkakasan, atau kelengkapan telekomunikasi.
  1. Menggunakan atau mewujudkan satu pengenalan palsu (termasuk menggunakan nama samaran, penyamaran oleh orang atau entiti lain, atau menyatakan sesuatu yang palsu).
  2. Mengancam, mengitip atau memalukan mana-mana pengguna lain.
  3. Mengehadkan atau menghalang mana-mana pengguna lain daripada menggunakan portal ini.
  4. Mengganggu, melumpuh, membeban, menjejas kerja, penampilan portal, server atau jaringan yang disambungkan kepada portal.

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 29 February 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik