![]() |
Nama Jawatan E-mel |
: : : |
YBhg. Datuk Maslina Binti Baki Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) maslina[at]melaka[dot]gov[dot]my |
PERANAN KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)
- Meneraju inisiatif pendigitalan dalam menyediakan penyampaian perkhidmatan
yang memenuhi keperluan dan pengalaman rakyat, selamat, efisien, cerdas dan
dipercayai.
- Memacu hala tuju pendigitalan berdasarkan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) di kementerian/jabatan/agensi melalui budaya berpacukan data, berpaksikan rakyat dan reka bentuk perkhidmatan berteraskan keselamatan.
- Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/jabatan/agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan pendekatan keseluruhan kerajaan (Whole-of-Government) melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi memuncul.
- Merancang dan menyelaras pelan tindakan keselamatan siber bagi memastikan data dan infrastruktur ICT agensi sentiasa dilindungi dari ancaman dalam dan luar.
- Merancang dan menilai keperluan perkhidmatan digital, reka bentuk perkhidmatan dan bajet pembangunan serta bajet mengurus yang diperlukan.
- Meneraju perubahan pendigitalan melalui penggunaan data dan teknologi
selaras dengan dasar/pelan semasa kerajaan.
- Merancang dan memastikan pelaksanaan perubahan pendigitalan adalah selaras dengan dasar/pelan semasa Kerajaan yang dijajarkan kepada PSP kementerian/jabatan/agensi.
- Mewujudkan persekitaran dan pembudayaan digital di kementerian/jabatan/agensi bagi meningkatkan literasi digital dan pemahaman tentang penggunaan teknologi ke arah memperkasa penyampaian perkhidmatan kerajaan digital.
- Menganggotai dan melaporkan pelaksanaan pendigitalan kepada tadbir urus
berkaitan.
- Menganggotai jawatankuasa dengan melaksana peranan berdasarkan terma rujukan jawatankuasa berkaitan mengikut pekeliling yang berkuat kuasa.
- Melaporkan pelaksanaan dan status kemajuan transformasi pendigitalan kepada tadbir urus pendigitalan yang berkaitan seperti JPICT kementerian/jabatan/agensi dan Mesyuarat Kerajaan Digital.




English
Bahasa Melayu













