Khamis, 03 Oktober 2024 |

Dewan Undangan Negeri terdiri daripada TYT Yang di-Pertua Negeri sebagai Ketua Negeri, seorang Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri ini terdiri dari 28 orang yang dilantik mengikut perlembagaan persekutuan.

Yang di-Pertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri akan dikekalkan selama 5 tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Yang di-Pertua Negeri boleh membubarkan dewan undangan negeri. Setelah dibubarkan, pilihanraya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh hari dari tarikh pembubaran.

Prosedur Undangan Negeri

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Negeri, Dewan Undangan Negeri mesti menjalankan prosedurnya sendiri dan merangka Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat. Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat yang diluluskan melalui resolusi Dewan Undangan Negeri memperuntukan tentang aturan tingkah laku, keistimewaan dan prosedur parlimen yang mengawal prosiding semasa persidangan dan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Dewan Undangan Negeri.

Jumlah korum bagi persidangan Dewan Undangan Negeri ialah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli. Mana-mana ahli boleh memaklumkan tentang kekurangan korum pada bila-bila masa persidangan. Sekiranya jumlah korum masih tidak mencukupi, persidangan boleh ditangguhkan ke hari berikutnya.

Ahli-ahli dewan boleh berucap mengenai mana-mana perkara yang mempunyai kepentingan awam di bawah prinsip kebebasan berucap seperti mana yang diperuntukkan oleh Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers), Akta Hasutan dan Peraturan-peraturan tetap Dewan Undangan Negeri.

Asas bagi sebuah Dewan Undangan Negeri yang berkesan adalah terletak kepada kebebasan berucap di mana dewan meletakkan had-had tertentu melalui Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat dan amalan berparlimen.

 

 

Fungsi Dewan Undangan Negeri

Selain daripada fungsi perundangan, Dewan Undangan Negeri mempunyai fungsi-fungsi penting yang lain seperti berikut:

  • Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak berpelembagaan Negeri Melaka dan rakyat seperti mana yang dijelaskan di dalam perlembagaan.
  • Menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan mereka bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri. Ini dapat disaksikan dalam prosiding Dewan semasa perbahasaan terhadap Usul Diraja, usul tidak percaya dan perbahasan terhadap dasar-dasar am kerajaan.
  • Meluluskan perbekalan. Tiada cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan terhadap Dana Tergabung (Consolidated Fund) melainkan dibenarkan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
  • Mewakili rakyat, Dewan Undangan Negeri menyediakan forum kepada wakil-wakil rakyat untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka melalui keistimewaan berparlimen di bawah peruntukan Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers), 1963. Perkara-perkara yang disuarakan meliputi isu-isu yang menjadi tumpuan, rungutan atau masalah rakyat. Ini boleh dilakukan melalui perbahasan biasa, rayuan-rayuan dan membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan dan sebagainya.
  • Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu
  • Memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
  • Menjadi arena perbincangan kritis terhadap kerajaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
  • Mengawasi tindak-tanduk pihak pemerintah sebagaimana yang ditunjukkan semasa perbahasan am.
  • Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri dengan membangkitkan isu-isu tertentu, dan meredakan rungutan semasa prosiding atau melalui cara yang lain ditetapkan oleh peraturan Dewan Undangan Negeri.
  • Melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan untuk tujuan siasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.
  • Memperkembang dan memperguna keistimewaan dan prosedur berparlimen untuk membolehkan Dewan Undangan Negeri menjalankan fungsi-fungsi berpelembagaan dan perundangan dengan lebih berkesan.

 

speaker 

Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka disandang oleh Yang Berhormat Datuk Wira Ibrahim. Beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka pada 27 Disember 2021.

  

Alamat Pejabat Speaker:-

Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka,
Aras 2, Blok Laksamana,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh 75450 ,
Melaka. 

 

No. Telefon: 06-230 7450 / 7451
No. Faks:
06-231 1304

 

Senarai Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka

No
Nama
Mula
Hingga
1
YB Datuk Wira Ibrahim bin Durum
Dis 2021
Sekarang
2
YB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh
Mei 2020
Dis 2021
3
YB Datuk Wira Omar Jaafar
Julai 2018
Mei 2020
4
YB Datuk Wira Hj. Othman bin Muhamad
Apr 2008
Julai 2018
5
YB Datuk Wira Hj Mo'min bin Ab. Aziz
Mac 2004
Apr 2008
6
YB Datuk Wira Amid bin Nordin
Dis 1999
Mac 2004
7
YBhg. Datuk Haji Nasir bin Haji Manap
8 Jun 1995
Dis 1999
8
YBhg. Datuk Haji Jaafar bin Haji Lajis
25 Okt 1994
5 Apr 1995
9
YBhg. Datuk Abu Zahar bin Isnin
4 Ogo 1986
19 Okt 1986
10
YBhg. Datuk Abdul Razak bin Alias
31 Mei 1982
19 Jul 1986
11
YBhg. Datuk Haji Abdul Aziz bin Tapa
15 Sep 1978
28 Mac 1982
12
YBhg. Datuk Haji Ahmad bin Manap
7 Apr 1971
11 Jun 1978
13
YBhg. Datuk Haji Mohd bin Haji Abd. Rahman
20 Nov 1967
19 Mac 1969
14
YBhg. Datuk Haji Talib bin Karim
21 Mei 1964
5 Okt 1967
15
Mr. Goh Kay Seng
23 Mei 1959
29 Feb 1964

timbalan speaker 

Jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka disandang oleh Yang Berhormat Tuan Kerk Chee Yee. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka pada 31 Julai 2023.

  

 

PARLIMEN: Hang Tuah Jaya

DUN: Ayer Keroh

No. Telefon: 06-333 3333. samb 7950

No. Faks: 06-231 1304

Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri 

 

BIL.NAMAPARLIMEN & DUN
1. YB DATUK ROSLI BIN ABDULLAH
Parlimen P134 Masjid Tanah
DUN N01 Kuala Linggi
2. YB DATUK SERI UTAMA AB RAUF BIN YUSOH
Parlimen P134 Masjid Tanah
DUN N02 Tanjung Bidara
3. YB DATUK HAMEED BIN MYTHEEN KUNJU BASHEER
Parlimen P134 Masjid Tanah
DUN N03 Ayer Limau
4. YB DATUK SERI UTAMA HAJI SULAIMAN BIN MD ALI
Parlimen P134 Masjid Tanah
DUN N04 Lendu
5. YB TUAN ZULKIFLEE BIN MOHD ZIN
Parlimen P135 Alor Gajah
DUN N05 Taboh Naning
6. YB DATUK FAIRUL NIZAM BIN ROSLAN
Parlimen P135 Alor Gajah
DUN N06 Rembia
7. YB DATUK P. SHANMUGAM
Parlimen P135 Alor Gajah
DUN N07 Gadek
8. YB DATUK NGWE HEE SEM
Parlimen P135 Alor Gajah
DUN N08 Machap Jaya
9. YB DATUK ZAHARI BIN ABD KHALIL
Parlimen P135 Alor Gajah
DUN N09 Durian Tunggal
10. YB DATUK FAIRUL NIZAM BIN ROSLAN
Parlimen P135 Alor Gajah
DUN N10 Asahan
11. YB DR.MOHD ALEEF BIN YUSOF
Parlimen P136 Tangga Batu
DUN N11 Sungai Udang
12. YB PUAN TUMINAH BINTI KADI@MOHD HASIM
Parlimen P136 Tangga Batu
DUN N12 Pantai Kundor
13. YB DATUK RAIS BIN YASIN
Parlimen P136 Tangga B atu
DUN N13 Paya Rumput
14. YB DATUK WIRA LIM BAN HONG
Parlimen P136 Tangga Batu
DUN N14 Klebang
15. YB DATUK KALSOM BINTI NOORDIN
Parlimen P137 Hang Tuah Jaya
DUN N15 Pengkalan Batu
16. YB TUAN KERK CHEE YEE
Parlimen P137 Hang Tuah Jaya
DUN N16 Ayer Keroh 
17. YB TUAN ADLY BIN ZAHARI
Parlimen P137 Hang Tuah Jaya
DUN N17 Bukit Katil
18. YB DATUK RAHMAD BIN MARIMAN
Parlimen P137 Hang Tuah Jaya
DUN N18 Ayer Molek
19. YB TUAN ALLEX SEAH SHOO CHIN
Parlimen P138 Kota Melaka
DUN N19 Kesidang
20. YB TUAN LOW CHEE LEONG
Parlimen P138 Kota Melaka
DUN N20 Kota Laksamana
21. YB TUAN MOHD NOOR HELMY BIN ABDUL HALEM
Parlimen P138 Kota Melaka
DUN N21 Duyong
22. YB PUAN LENG CHAU YEN
Parlimen P138 Kota Melaka
DUN N22 Bandar Hilir
23. YB DATUK WIRA ABDUL RAZAK BIN ABDUL RAHMAN
Parlimen P138 Kota Melaka
DUN N23 Telok Mas
24. YB DR. MOHD YADZIL BIN YAAKUB
Parlimen P139 Jasin
DUN N24 Bemban
25. YB DATUK KHAIDHIRAH BINTI ABU ZAHAR
Parlimen P139 Jasin
DUN N25 Rim
26. YB DATUK ZAIDI BIN ATAN
Parlimen P139 Jasin
DUN N26 Serkam
27. YB DATUK DR MUHAMAD AKMAL BIN SALEH
Parlimen P139 Jasin
DUN N27 Merlimau
28. YB PUAN SITI FAIZAH BINTI ABDUL AZIS
Parlimen P139 Jasin
DUN N28 Sungai Rambai

 

img

Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox 3.5 ke atas, Google Chrome dan Safari dengan resolusi 1366 x 768


Hakcipta Terpelihara 2024@Kerajaan Negeri Melaka
Portal Melaka Versi 6.0, dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka

  • Tarikh Kemaskini: 03 October 2024 
Pelawat: 0009551788 | Statistik